Pages

Friday, September 30, 2011

Mesyuarat Teknikal Silat Kebangsaan (Hotel Penview, Pending, Sarawak)












Pada tarikh 23 September 2011 bertempat di Hotel Penview, Pending, Sarawak pada jam 9.00 malam, satu mesyuarat antara teknikal-teknikal negeri telah diadakan. Mesyuarat tersebut disuarakan oleh Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan iaitu En. Ramly bin Rasul bagi membincangkan beberapa perkara serta isu-isu yang tidak sempat atas sebab kekangan masa dan kewangan. Seramai 13 Pengerusi Teknikal Silat telah hadir manakala Pengerusi Teknikal Silat Negeri Sembilan, W.P Putrajaya dan W.P Labuan tidak dapat menghadirkan diri atas sebab terpaksa berangkat pulang ke negeri masing-masing lebih awal dan Pengerusi Teknikal Silat Sarawak telah diwakilkan oleh ahli lain disebabkan beliau terpaksa menguruskan hal peribadi di Semenanjung.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, beberapa perkara telah diputuskan dan dipersetujui oleh semua teknikal negeri. Antaranya ialah :

1. Pembentukan Jawatankuasa Teknikal Silat Kebangsaan
Berdasarkan kepada mesyuarat tersebut, ahli mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Silat Kebangsaan yang mana jawatankuasa ini dapat memperjelaskan bidang kuasa ahli-ahli dan juga dapat membuat pengagihan kerja dengan lebih berkesan. Persetujuan telah dibuat dan berikut merupakan Senarai Jawatankuasa Teknikal Silat Kebangsaan

Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
En. Ramly bin Rasul (Pahang)

Timbalan Pengerusi Teknikal Silat Kebangsaan
En. Nor Azman bin Hj. Mohd(Terengganu)

Setiausaha Teknikal Silat Kebangsaan
En. Mohd Zamir Mohd Sharif (Melaka)

Biro Adat dan Protokol
En. Zolfitri bin Hamzah (Pulau Pinang)
En. Mohd Hamawi bin Abd Hamid (Kedah)
En. Anuar bin Ahmad (Perak)

Biro Aktiviti
En. Anizam bin Ahmad (Selangor)
En. Abu Bakar bin Habin (Perlis)
En. Mortadza bin Matrang (Sarawak)

Biro Displin
En. Mat Sidin bin Ibrahim (N.Sembilan)
En. Sabaruddin bin Omar (Kelantan)
En. Rajus bin Seli (W.P Labuan)

Biro Persiapan Pertandingan
En. Hazli bin Adnan (W.P Kuala Lumpur)
En. Jinli bin Ramli (Sabah)
En. Johari bin Shuhadak (Johor)

Muzik Silat
En. Jusnizan bin Ramli (Perak)

2. Perincian pergerakan Jurus Wajib telah ditetapkan mengikut kepada CD yang telah diedarkan kepada Pengerusi Teknik semasa Kursus Jurus Wajib yang diadakan di Hotel Gold Course, Kelang, Selangor pada tahun 2008. Perkara tersebut dibangkitkan berikutan pergerakan Jurus Wajib berubah setiap tahun.
3. Kursus Penilaian Silat seni, Muzik Silat dan Jurus Wajib akan cuba dilaksanakan pada tahun 2012 mengikut kepada peruntukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Penggunaan tudung bagi pesilat puteri. Keputusan teknikal bersetuju untuk mewajibkan pemakaian tudung kepada pesilat puteri yang beragama Islam dan digalakkan kepada pesilat puteri yang bukan beragama Islam bagi memastikan markah keserasian pakaian.
5. Pergerakan menggunakan senjata semasa acara Seni Tari dan Seni Jurus Silat dibenarkan atas sebab kekayaan gerak tetapi dihadkan kepada satu jenis senjata sahaja.
6. Bilangan alat muzik yang dibenarkan hanyalah terhad kepada 7 jenis alat muzik dan menggunakan alat muzik tradisional sahaja. Bilangan pemuzik dihadkan kepada 5 orang sahaja. Bilangan alat muzik dan pemuzik ini adalah berkuatkuasa kepada semua kategori yang dipertandingkan atau tidak dipertandingkan. Unsur-unsur seperti bersawai, sawan, meracau, rasukan atau menurun semasa peragaan muzik silat tidak dibenarkan sama sekali. Diskualifikasi boleh dikenakan kepada pasukan muzik yang terlibat.

Berikut merupakan beberapa persetujuan yang telah dicapai semasa mesyuarat tersebut. Buku Peraturan Pertandingan dan Panduan Penjurian Silat Seni akan dimurnikan pada masa hadapan dan dijangka akan digunapakai semasa Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah peringkat Kebangsaan 2012 di Perlis Indera Kayangan.

Mesyuarat ditamatkan pada jam 11.00 malam.

Tuesday, September 27, 2011

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011






Kejohanan tersebut telah diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak bermula 20 September dan berakhir pada 24 September 2011. Sebanyak 16 kontinjen negeri telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Jabatan Pelajaran Sarawak telah diberikan mandat menjadi pengelola kejohanan bagi tahun 2011.
Kejohanan pada kali ini telah berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah teknikal berlaku. Tahniah diucapkan kepada pengelola kejohanan iaitu Jabatan Pelajaran Sarawak, Unit Kokurikulum JPN Sarawak yang diterajui oleh En. Mohadi dan tidak dilupakan kepada Barisan Teknikal dan Juri Kementerian Pelajaran Malaysia yang diketuai oleh En. Ramly bin Rasul diatas kejayaan kejohanan tersebut.Tahniah kepada semua Juri Pertandingan Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2011- Kucing Sarawak kerana telah memberi sumbangan dengan cemerlang. Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, manakala yang tidak berjaya berusaha untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun hadapan. Berjumpa kita di Perlis. Insyaallah.

1. MUZIK SILAT IRINGAN / TEMPATAN

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

PULAU PINANG

N/JOHAN

KEDAH

KETIGA

JOHOR

2. MUZIK SILAT IRINGAN / TEMPUR SILAT KPM

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

PULAU PINANG

N/JOHAN

PERAK

KETIGA

KEDAH

3. SENI TARI SILAT (PUTERA SEKOLAH RENDAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SARAWAK

N/JOHAN

SELANGOR

KETIGA

SABAH

4. SENI TARI SILAT (PUTERI SEKOLAH RENDAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SARAWAK

N/JOHAN

SELANGOR

KETIGA

SABAH

5. SENI TEMPUR SILAT (PUTERA SEKOLAH RENDAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SELANGOR

N/JOHAN

SARAWAK

KETIGA

KEDAH

6. SENI TEMPUR SILAT (PUTERI SEKOLAH RENDAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SELANGOR

N/JOHAN

SABAH

KETIGA

SARAWAK

7. SENI TARI SILAT (PUTERA SEKOLAH MENENGAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

JOHOR

N/JOHAN

SELANGOR

KETIGA

SARAWAK

8. SENI TARI SILAT (PUTERI SEKOLAH MENENGAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SARAWAK

N/JOHAN

SELANGOR

KETIGA

JOHOR

9. SENI TEMPUR SILAT (PUTERA SEKOLAH MENENGAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SABAH

N/JOHAN

PERAK

KETIGA

SELANGOR

10. SENI TEMPUR SILAT (PUTERI SEKOLAH MENENGAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SARAWAK

N/JOHAN

SABAH

KETIGA

PAHANG

11. SENI JURUS WAJIB (PUTERA SEKOLAH MENENGAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

JOHOR

N/JOHAN

SABAH

KETIGA

SELANGOR

12. SENI JURUS SILAT (PUTERI SEKOLAH MENENGAH)

KEDUDUKAN

NEGERI

JOHAN

SARAWAK

N/JOHAN

NEGERI SEMBILAN

KETIGA

SELANGOR



KEPUTUSAN

NEGERI



HADIAH TERBAIK KESELURUHAN KATEGORI LELAKI SEKOLAH RENDAH

SELANGOR


HADIAH TERBAIK KESELURUHAN KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH

SELANGOR


HADIAH TERBAIK KESELURUHAN KATEGORI LELAKI SEKOLAH MENENGAH

JOHOR


HADIAH TERBAIK KESELURUHAN KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH

SARAWAK


JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

SARAWAK